Isnin, 14 Februari 2011

BUDI BAHASA BUDAYA KITA??


“Budi Bahasa Budaya Kita”. Adakah masyarakat Malaysia kini benar-benar berbudi dan berbahasa? Realiti masyarakat melayu benar-benar berbudi bahasa?

Sungguh, bukan niat dihati ingin mengutuk atau mengata kaum saya sendiri. Tetapi inilah hakikatnya yang perlu kita sedari. Masyarakat melayu, dan beragama ISLAM kini semakin hilang adap dan sopan mereka. Lihat sahaja gaya percakapan mereka kini. Lihat sahaja gaya pemakaian mereka kini. Budaya Xtnosentrisme iaitu mengagungkan budaya lain seperti budaya barat masih menebal di kalangan masyarakat Malaysia.
Seharusnya kita sebagai masyarakat timur yang terkenal dengan adab dan adat resamnya yang sopan berbangga dengan identiti kita sendiri. Konteks masyarakat timur disini bukan sahaja orang melayu. Malah masyarakat cina dan india juga merupakan orang timur yang penuh dengan sopan santun.

Ingatlah wahai semua warga malaysia, bukan budaya yang berubah.tetapi manusia sendiri yang merubahnya, atas alasan kononnya supaya lebih moden dan mengikuti perkembangan semasa. Tetapi seringkali kita terlupa, bahawa permodenan dan perubahan yang terbaik sebenarnya ialah berubah kearah yang lebih baik, bukan keadaan yang lebih jahil dan buruk. Contohnya pemakaian remaja pada hari ini semakin singkat ada kala dilihat seperti ingin kembali ke zaman batu gamaknya...maaf kepada yang terasa. tetapi inilah hakikatnya. pemandangan yang dihidangkan kepada kita pada hari ini. 

Jadi sebagai warga yang malaysia yang terkenal dengan adat dan budaya yang tinggi. terkenal dengan sopan santun serta budi pekerti yang luhur, berubahlah anda kepada yang lebih baik. Majukanlah pemikiran anda. Jagalah kata-kata dan tingkah laku anda. 
~Renung-renungkan, selamat beramal^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan